MRS. OWNER
silent reader(s)
• Alisya Qairina • Twenty • KK, Sabah •
• Degree • Accountancy • UMS •
• Married •

MR. & MRS.

11 FEBRUARY 2014


Daisypath Anniversary tickers

MRS' NUFFNANG


PAST ENTRIES





+HOME


+FOLLOW


+TWITTER


+FACEBOOK


+BLOGGER


Am I Pregnant ?
WRITTEN BY MRS. OWNER ON 22 October 2014 [ 11 comments ]

Assalamualaikum . . 





Semalam jalan-jalan dengan kakak di Megalong , and suddenly masuk Watson and lalu bahagian pregnancy test kit . OK , time tu memang hati dah mendesak supaya Sya beli . Tangan pun dah gatal sangat . So lepas belek-belek  test kit dengan kakak , Sya grab satu and direct bayar . Haha . Sepanjang malam semalam memang macam-macam perasaan la . Tak sabar nak buat test tapi mesti sabar . Kalau Sya tak fikir test kit tu mahal (RM 7+),  rasa macam nak direct pergi toilet and test ! Hahaha . Nervous memang nervous , tapi mesti tunggu sampai esok pagi baru boleh test . So sila sibukkan diri supaya masa menunggu tak terasa . Haha !

Tetiba terasa nak cerita pasal bab-bab pregnant ni . Yep ! To be truth , Sya dengan husband memang merancang sepenuhnya . Macam ni la kalau mood nak ada baby . Semua pun excited kan ?! Sepanjang bulan ni , Sya buat research di Google pasal tanda-tanda awal pregnant , and of course , hampir semua Sya pernah rasa .  



First , mengidam . Yes , this absolutely true . Teringin nak makan macam-macam . Tapi Sya tak peduli sangat tanda ni sebab kesiankan husband . Haha . Tapi still , mengidam ni adalah tanda awal mengandung . Hihi .
Second , warna di sekeliling aerola semakin gelap . Tanda ni Sya baru perasan minggu lepas . Entah la , Sya pun tak tau sangat pasal part ni . Sya tak tengok pun sebelum ni ! Hahaha . But , maybe ~ 
Third , pendarahan atau kekejangan akibat implantasi . Pasal ni pula , pendarahan memang tiada . Cramp , almost everyday ! especially time nak tidur . Serius , sakit macam senggugut . Tapi Sya tak syak pun cramp tu pasal implantation . Lepas check Google baru terfikir . Haha ! :D
Forth , kerap buang air kecil . OK ! Tanda ni memang ada . Kadang2 tak minum banyak pun rasa nak buang air kecil . Haha . Tanda tu . Tapi bulan ni asyik hujan memanjang , so tak dapat detect awal .
Fifth , keletihan . Haha . Kalau fikir kan , Sya tiap hari pun rasa penat . Boleh kira Sya ni pemalas la kan . Hihi . But lately ni Sya memang asyik rasa penat saja . Naik tangga pun sampai tingkat 1 dah semput . Tak larat , tak larat . Tidur ? Memang kira awal la . Kadang-kadang jam 8 dah masuk bilik , ready nak tidur . Haha .
Sixth , payudara melembut dan membengkak : Yes , ada ~ :'(
Seventh , deria rasa berubah . Tetttt ! Ini tiada ! Semua Sya telan . Haha .
Eighth , morning sickness . Alhamdulillah , setakat ni Sya tak rasa pun morning sickness . Tapi kalau setakat pening kepala yang ringan tu , ada la . Loya pula Sya selalu rasa masa dalam kereta yang bergerak . Bila dah turun , tak rasa loya pula . Haha . 
Ninth , tak datang haid . Bila sudah hampir sampai due period Sya , Ya Allah ! Nervousnya . Period Sya memang consistent tiap bulan . Bila dah lewat sehari , keinginan nak cek pregnancy memang tak terkata . Ramai orang bagi tips , lepas seminggu baru cek supaya tak rugi . Tapi oleh sebab Sya tak sabar , hari ketiga lepas due period , Sya dah cek . Haha ! 
Tenth , kehamilan yg positif . Tadi pagi Sya bangun awal sebab excited nak cek . Mula-mula tu nampak satu line saja , tapi Sya tunggu lebih kurang 30 saat gitu , Then ! Double line !! Nak pastikan betul or tidak , Sya kejutkan husband yang masih tidur . Alhamdulillah , gembira yang tersangat .



Esok Sya nak buat confirmation pula di klinik . Mudahan-mudahan semua berjalan dengan lancar . InsyaAllah . :)


Labels:


NEWER
OLDER